Penelitian secara ilmiah Jembalang_tanah

Penerokaan tanah hutan pada masa dahulu adalah satu tugas yang berat, di mana peneroka terpaksa tinggal selama berbulan-bulan bagi menebang dan membersihkan kawasan hutan. Pada ketika itu, mereka terdedah kepada serangan haiwan buas, bahaya ditimpa pokok, penyakit, dan bahaya-bahaya lain. Dengan mempersembah acak kepada jembalang tanah, mereka merasakan mereka berhak meneroka kawasan tersebut dan akan dijauhi daripada bahawa-bahawa diatas. Malah mungkin mereka merasakan jembalang tanah pula akan melindungi keselamatan mereka sebagai balasan acak tersebut. Dengan itu mereka lebih yakin untuk meneruskan pembukaan tanah baru tersebut.

Lihat juga hantu dalam masyarakat Melayu.